sebentar di surau

Kebiassanku selepas solat maghrib di surau kolej, aku akan balik sebentat ke bilik untuk buat benda2 yg sepatutnya(padahal main fB jak).
Tapi pada hari itu, aku stay sekejap di surau. Terngian-ngian di kepalaku pasal ada sorang abang tu ckp masa tazkirah."berdosa kita tidak cuba menghafal kembali surah2/ayat2 al-quran yang telah kita lupakan".

Selepas maghrib itu, aku mengambil al-quran dan lantas membuka surah al-mukminun. Surah yang pernah aku hafal dahulu semasa hendak menghadapi SPM.

Aku cuba membacanya dahulu tanpa membuka Al-quran di tanganku. Ternyata,ada ayat yang aku lupa,atau dalam bahasa lainyaa,konpius dengan kedudukan ayat2 itu dalam surah tersebut.

walaupun aku masih ingat ayat2nya. tapi aku terlupa susunan ayatnya. Ya Allah, betapa berdosanya aku.


Dalam membaca itu, tiba2 ada seorang abg duduk disebelahku, dengan memegang tafsir al-quran.

Aku habikan bacaan surah al-mukminun hingga ke muka surat yang ke tiga.


Aku hendak mengembalikan Al-quran tadi di tempatnya semula. Tiba2 abg tadi menegurku.


"Ada perkongsian sikitla".kta abg tu

"O,ya. Apa bang".balasku

"tadi baca surah mukminun kan"

"ya"


"tak makan ka?"


"nanti lepas isyak bang"


"ok,kalau kita lihat surah tadi,ada mengisahkan ttg cerita nabi nuh,ada juga Allah ceritakan air hujan yang diturunkan oleh Allah dengan ukurannya tersendiri"


dan banyak lagi la abg tu ckp,lupa suda.



Selesai dengan abg tadi, aku pergi ke tempat kawanku sorang.


"Mail,kongsi2la ayat2 al-quran yang ko baca"\

"tak da baca apa2 pun,baca2 cm tu ja"

"mustahilla,tu yang banyak tanda2 dah tu apa?"kataku.

"tu saja2 tanda tu." katanya.

Aku tahu dia main2 ja.

Lepas tu,aku tanya dia, Mail,kenapa Allah kadang2 guna kata ganti nama KAMI,kadang2 AKU.?" tanyaku dengan muka curiosity yg menebal.huhuhu.



dia pun jawab, "owh,kalau guna kami tu,tu menandakan yg Allah nak tunujkkan kekuasaanya,lepas tu kalau guna aku tu,dia nak tujukan directly kepada hambaNYA"


lebih kurang camtu la dia cakap, walaupun masih tidak kena pada fikirannku, tapi aku terima saja. huhu



Lepas tu,


aku cakap sama dia.

'mail,ada ayat nak kongsi ni"

"apa dia"dia ckp


"buka surah muhammad ayat 7"





يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ [٤٧:٧



Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.



Aku pun try la terankan sama dia.


"Mail"dengan suara ala2 berhikmah konon.

"Hidup kita ni, kalau nak tolong Allah,bukan semestinya berdakwah kat orang, ckp ini ckp itu kat org" dengan speaking2 semnjung sikit.uhuh

aku tambha lagi

"belajar ni pun boleh dikira tolong Agama Allah juga, jika kita niatkan betul2 kerana Allah"


Dia mengangguk jak. Tanda setuju la tu..


Lepas tu perbincangan terhenti seketika.

"Mail,dalam kehidupan sehari2an ni,lupakan akhirat itu sepatutnya tidak berlaku pada kita, once kita lupakan akhirat,kita suda sikira lalai .Kan Mail?"

Dia mengangguk juga.


Lepas tu dia ckp.


"cuba try buka ayat 7,surah yunus"

aku pun cepat2 la buka ayat tu.time buka tu sempat lagi aku tanya.

"ayat tentang apa ni"

"tentang solan yg ko tanya tadi." uish, dalam hati aku,hebat juga r.directly bole kaitkan terus dengan persoalan aku tadi.




إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ [١٠:٧
]
Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -




itu la tu,Allah suda nukilkan dalam Al-quran apa2 perkara yg kita bertanya.Kita bertanya Al-quran menjawab.

lepas tu,dia suru tengok ayat yang seterusnya.

أُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ [١٠:٨]

Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.




Nauzubillahiminzalik, tempat2 orang yang lalai dari mengingtai akhirat ni,neraka la tempatnya.

Marilah kita sama2 sentiasa mengingati bahwa kehidupan dunia ini hanya mainan semata2, di sana nanti yang kekal abadi..



Selesai perbincangan tadi,aku dan Mail sama2 pergi ke kafe untuk menempah makanan.



Sekian



p/s: 1st post yg aku taip sendiri yg panjang.hehehe

0 comments:

Post a Comment