Khutbah jumaat

Tadi kutbah jumaat. Point utama khutbah tadi ialah tentang sambutan tahun baru. Khatib tu memberitahu(atau lebih tepat lagi,teks khutbah itu), bahawa asal tahun baru saja banyak betul kes-kes maksiat berlaku. Dan kita tidak digalakkan untuk turut sama dalam majlis maksiat itu.

Dalam hati aku, yang berikan khutbah tu tentunya dibawah naugan menteri jabatan perdana menteri. Manakala,setiap tahun media kerajaan seperti TV1 dan TV2 tentu akan memaparkana siaran langsung sambutan tahun baru tersebut. Dan pada pendapat aku, ini tentunya di bawah kelolaan kementerian penerangan.

kita boleh lihat. Adakah majlis maksiat yang disebutkan dalam khutbah tadi merupakan majlis yang di bawah kelolaan menteri penerangan ini?.

Padahal kedua0dua kementrian ini berada di satu takuk pemerintahan yang sama.

p.s:sama2 kita FIKIRKAN.

ajakan kawan

kawan: so,macamna planning malam new year?
aku tersentak dengan soalan yang tidak memberansangkan itu.

Aku: Tidaklah, malas.
Kawan: Apani,tiada life la kalau tidak keluar. Takkan dalam bilik ja.

Aik,perli nampak. Tapi aku bersabar, aku tidak mahu mengeluarkan point ekstrem aku.huhu.

Aku: Aku malasla kalau pergi tempat2 macam tu, pening kepala. Sebab ramai sangat orang.

Kawan: Aik,lain juga ko ni..

hahaha.

new year?


Letcurer : skg ni dah nak tahun baru. Korang pergi tak sambutan nanti?
Letcurer: tak payahla pergi,sambutan ni la yang menyebabkan kes2 buang bayi terjadi. Nak dekat bulan 9 bulan 10,maka berlamabaklah bayi2 dibuang.

Otak lambat aku cuba menafsir kaitan sambutan tahun baru tersebut dengan bayi,dan bulan 9 dan 10.

Letucurer: Tengokla tahun ni tadi,dalam bulan 9 dan 10 ramai betul bayi kena buang.

Aku tersentak. Betul juga,ya tak iya juga.

Moral of the story: tak payahla sambut new year kat luar. Terpekik terlolong countdown. Then ditambah dengan perisa maksiat yang for sure akan berlaku pada malam tu. Baik duduk dalam bilik, study or baca quran. Buat sikit kenduri kesyukuran ke. Or apa2 yang bermanfaatlah.

p/s: aku rasakan tidur lebih baik daripada pergi ke tempat itu.

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

sebentar di surau

Kebiassanku selepas solat maghrib di surau kolej, aku akan balik sebentat ke bilik untuk buat benda2 yg sepatutnya(padahal main fB jak).
Tapi pada hari itu, aku stay sekejap di surau. Terngian-ngian di kepalaku pasal ada sorang abang tu ckp masa tazkirah."berdosa kita tidak cuba menghafal kembali surah2/ayat2 al-quran yang telah kita lupakan".

Selepas maghrib itu, aku mengambil al-quran dan lantas membuka surah al-mukminun. Surah yang pernah aku hafal dahulu semasa hendak menghadapi SPM.

Aku cuba membacanya dahulu tanpa membuka Al-quran di tanganku. Ternyata,ada ayat yang aku lupa,atau dalam bahasa lainyaa,konpius dengan kedudukan ayat2 itu dalam surah tersebut.

walaupun aku masih ingat ayat2nya. tapi aku terlupa susunan ayatnya. Ya Allah, betapa berdosanya aku.


Dalam membaca itu, tiba2 ada seorang abg duduk disebelahku, dengan memegang tafsir al-quran.

Aku habikan bacaan surah al-mukminun hingga ke muka surat yang ke tiga.


Aku hendak mengembalikan Al-quran tadi di tempatnya semula. Tiba2 abg tadi menegurku.


"Ada perkongsian sikitla".kta abg tu

"O,ya. Apa bang".balasku

"tadi baca surah mukminun kan"

"ya"


"tak makan ka?"


"nanti lepas isyak bang"


"ok,kalau kita lihat surah tadi,ada mengisahkan ttg cerita nabi nuh,ada juga Allah ceritakan air hujan yang diturunkan oleh Allah dengan ukurannya tersendiri"


dan banyak lagi la abg tu ckp,lupa suda.



Selesai dengan abg tadi, aku pergi ke tempat kawanku sorang.


"Mail,kongsi2la ayat2 al-quran yang ko baca"\

"tak da baca apa2 pun,baca2 cm tu ja"

"mustahilla,tu yang banyak tanda2 dah tu apa?"kataku.

"tu saja2 tanda tu." katanya.

Aku tahu dia main2 ja.

Lepas tu,aku tanya dia, Mail,kenapa Allah kadang2 guna kata ganti nama KAMI,kadang2 AKU.?" tanyaku dengan muka curiosity yg menebal.huhuhu.



dia pun jawab, "owh,kalau guna kami tu,tu menandakan yg Allah nak tunujkkan kekuasaanya,lepas tu kalau guna aku tu,dia nak tujukan directly kepada hambaNYA"


lebih kurang camtu la dia cakap, walaupun masih tidak kena pada fikirannku, tapi aku terima saja. huhu



Lepas tu,


aku cakap sama dia.

'mail,ada ayat nak kongsi ni"

"apa dia"dia ckp


"buka surah muhammad ayat 7"





يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ [٤٧:٧



Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.



Aku pun try la terankan sama dia.


"Mail"dengan suara ala2 berhikmah konon.

"Hidup kita ni, kalau nak tolong Allah,bukan semestinya berdakwah kat orang, ckp ini ckp itu kat org" dengan speaking2 semnjung sikit.uhuh

aku tambha lagi

"belajar ni pun boleh dikira tolong Agama Allah juga, jika kita niatkan betul2 kerana Allah"


Dia mengangguk jak. Tanda setuju la tu..


Lepas tu perbincangan terhenti seketika.

"Mail,dalam kehidupan sehari2an ni,lupakan akhirat itu sepatutnya tidak berlaku pada kita, once kita lupakan akhirat,kita suda sikira lalai .Kan Mail?"

Dia mengangguk juga.


Lepas tu dia ckp.


"cuba try buka ayat 7,surah yunus"

aku pun cepat2 la buka ayat tu.time buka tu sempat lagi aku tanya.

"ayat tentang apa ni"

"tentang solan yg ko tanya tadi." uish, dalam hati aku,hebat juga r.directly bole kaitkan terus dengan persoalan aku tadi.




إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ [١٠:٧
]
Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -




itu la tu,Allah suda nukilkan dalam Al-quran apa2 perkara yg kita bertanya.Kita bertanya Al-quran menjawab.

lepas tu,dia suru tengok ayat yang seterusnya.

أُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ [١٠:٨]

Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.




Nauzubillahiminzalik, tempat2 orang yang lalai dari mengingtai akhirat ni,neraka la tempatnya.

Marilah kita sama2 sentiasa mengingati bahwa kehidupan dunia ini hanya mainan semata2, di sana nanti yang kekal abadi..



Selesai perbincangan tadi,aku dan Mail sama2 pergi ke kafe untuk menempah makanan.



Sekian



p/s: 1st post yg aku taip sendiri yg panjang.hehehe

Indahnya sahabat

Bahagianya hidup jika ada kawan yg dapat mengajak kita kearah kebaikan.Selalu mengingatkan kita jika kita melakukan kesalahan.
Mengajak sama2 ke surau.Tidak jemu mengejutkan utk bangun subuh,walaupun kadang2(selalula juga) tidak bangun.Mengajak utk pergi usrah,walaupun selalu sgt bgi alasan supaya tidak pergi.Selalu menegur pabila ternampak leka ber-sms..Cek inbox org manatahu ada ber-sms dgn awek.Menegur dgn kata2 laser,walaupun menyakitkan hati,tapi nyata kesannya menusuk hati..Tapi sekarang sudah berjauhan dgn kwn2 yg sebegini. .Ada yg mula suda melupakan semua nasihat2 itu,melupakan semua teguran2 itu,melupakan semua itu. . .

artikel-artikel di alam maya


sekarang ini,makin subur bercambah artikel2 di internet.nasihat saya,kalau dapat satu2 artikel itu,jangan terus share.walaupun ke-eager-an kita tinggi untuk share artikel itu,terutamanya jika artikel2 berkaitan pembongkaran kisah sebenar sesuatu sindiket@kumpulan@organisasi@dll..
sbgi contoh dapat artikel berkaitan konspirasi yahudi,artikel ttg pembongkaran kandungan makanan yg tidak halal dan lain2.

so,selidik la dulu berul2 kesahihan maklumat tersebut.
begitu juga dengan email2 berantai yg anda dapat.sbgi contoh;kononya sesiapa yg tidak menyebarkan email tersebut akan mendapat musibah dan sesiapa yg menyebarkannya akan mendapat kesenangan.ini lagi parah sebab melibatkan pegangan akidah kita..

laptop

 

my laptop..




laptop yg byk memberi khidmat kepada aku.Alhamdulillah...cintai yg memberi nikmat,jgn cintai nikmat yg diberikan.
Posted by Picasa

monorel

 
 
 



Lagi gambar2 sekitar stesen monorel guna DIgital camera biasa ja..ES73 samsung..
Posted by Picasa

monorel

&n
gambar diambil ketika menunggu monorel di stesen monorel imbi...dalam perjalanan hendak ke KL Sentral..
Posted by Picasa
 
Posted by Picasa

pokok kelapa belakang rumah@hostel...sayang buah nya..tiada org makan,

exam?

Beberapa hari lagi hari peperiksaan akan menjelang.Ini bukan peperiksaan biasa,tapi peperiksaan akhir semester.dalam kita membuat persediaaan untuk peperiksaan ini,jangan kita lupa juga untuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan sebenar kita yakni peperiksaan akhirat kelak.apa sudah cukup preparation kita?suda cukup persediaan kita?kita renung-renung kan seketika,jangan lah disebabkan oleh pepriksaan dunia ini kita lalai dengan pepriksaan akhirat.
Terdapat scenario-senario yang sering berlaku di kala menjelang peperiksaan ini. Antaranya tidur lewat.tidur lewat ini sebenaranya bukanlah satu langkah yang bijak kepada pelajar-pelajar.ini kerana tidur lewat ini lebih banyak membawa kepada impak negative daripada positip. Contohnya,apabila sesorang itu tidur lewat tidak mustahil la juga,malahan probability untuk bangun lewat itu tinggi. Probability @ kebarangkalian untuk tertinggal solat subuh itu juga tinggi.
Ini lah apa yang saya cuba sampaikan,apabila peperiksaan dunia lebih penting daripada pepriksaan akhirat. Sama-sama kita renungkan diri kita
Seterusnya,scenario yang berikutnya ialah,apabila pelajar itu sendiri tidak mahu keluar dari biliknya,asyik berkurung di dalam bilik. Terasa masa inilah yang paling berharga. Hinggakan jika terdapat tugas yang tidak penting tetapi memrlukan tindakan segera,tidak diendahkan gara-gara ingin menghbiskan ulangkaji kononnya.

Jadi sampai disini sahaja entri pada kali ini,tak nak tulis panjang-panjang.bukan ad abaca pun.:)

p/s:sekarang internet conection masalah,tunggu masa untuk publish entri ni.

12:14 18-Oct-10

jantina laptop anda

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs

{Remember: VBS tu amat penting untuk ditulis}

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Sila dengar dengan teliti, suara laki or perempuan atau pundan..

p/s:aku punya betina.

up to you

jurupulih carakerja

assalamualikum,salam sejahtera.

suda lama tak tulis apa-apa di blog ni.Paling terakhir aku tulis sewaktu sebelum aku memasuki alam universiti.(ceh.:)).Sibuk dengan urusan pasal student ni.

sebelum itu aku nak megucapkan selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin di seluruh pelusuk bumi.Moga Puasa kali ini dapat kita lalui dengan penuh kebahagiaan.Kebahagiaan dengan erti kata pabila kita seperti dilahirkan semula apabila ramadhan ini berakhir,kerana dalam ramadhan itu pintu pengampunan dosa-dosa kita dibuka seluas-luasnya oleh Allah SWT.

Sekarang aku mengambil kos terapi carakerja di salah sebuah universiti tempatan kita.Kerjaya sebagai jurupulih carakerja ini memang menyeronokkan.Tatkala kita berhadapan dengan berbagai-bagai jenis pesakit(klient).Bermula dengan pesakit orthopedik,pediatrik,psikiatrik dan geriatric.



Bagi aku,cabaran yang paling berat sekali ialah apabila berhadapan dengan pesakit dari psikiatrik.

Semasa kami membuat lawatan ke semua bahagian-bahagian hospital,hampir semua muka-muka kami kelihatan ceria,tetapi berubah ketika melawat ke bahagian psikiatrik.

Mungkin ini baru tahun pertama kami,skill-skill untuk berhadapan dengan pesakit-pesakit pun belum dipelajari lagi.InsyaAllah doakan yang terbaik bagi kami,moga kami menjadi jurupulih carakerja yang terbaik.

sebenarnya,banyak yang tidak tahu pun kewujudan kerjaya jurupulih carakerja
ni.Ini antara tugas-tugas jurupulih carajkerja.




splinting-selalunya untuk orang yang ada batasan pergerakan sendi.


pressure garment-untuk pesakit yang mengalami burning








pediatrik




okay,sampai sini saja entri kali ini.selamat berpuasa.

tips-tips belajar di matrikulasi

ok kali ni.khas untuk pelajar-pelajar matrikulasi.Aku akan cerita dengan korang mengenai tips-tips belajar di matrikulasi.Ini berdasarkan pengamatan aku,melalui kaedah pemerhatian,dan pengklasifikasian,penyamabandingkan.
okay,kalau korang tak nak ikut terpulang la.Pointer aku pun rendah juga tyme di matrik dulu,3.45 sem1 3.15 sem 2.cgpa 3.28.Jadi sebab itu aku tak nak korang jadi mcm aku ni,aku nak korang ambik pengajaran.


1.jangan ponteng kelas.

-okay,jangan ponteng kuliah ataupun tutorial.sekali korang dah rasa ponteng,korang akan nak lagi.Memang tak dinafikan ponteng ni memang syok.Korang bole enjoy2 dalam bilik tatkala kawan2 lain berhempas pulas di bilik kuliah dan tutorial memerah otak..
Jadi aku nasihatkan ,JANGAN PONTENG!..Aku dulu pernah la juga ponteng,tak terkira rasanya.Tapi tyme 1st tyme aku ponteng tu,seingat aku,akuterlewat bangun tidur..Satu point yang korang kena egang sini,aku quote kata2 kawan aku.

ko ponteng ni ko tak rasa bersalah ka?sedangkan anak2 palestin yang ingin bersekolah,tapi tidak ada peluan,inikan pula kita yang diberi peluang ni,tapi masih nak ponteng






2.siapkan tutorial

tutorial di matriks ni amatlah penting.penting2 sangat.tutorial ni tak sama dengan latihan2 yg kita buat dulu tyme form 5.Selalunya soalan2 yg keluar adalah soalan dari tutorial,cuma diolah sedikit agar nampak ganas dan mencabar.
jadi,jangan lupa buat tutorial.
kadang kita tak ada masa nak buat tutorial ni.
jadi alternatif lain ialah dengan meniru..
Meniru di matrik ni lain,tak sama dgn sekolah menengah.
kalau nak meniru guna konsep CPU.

-C=copy
-P=paste
-U=understand

ok..jangan meniru secara menkhinzir buta saja..




3.Selalulah menziarahi letcurer.
baiklah,satu keistemewaan di matriks i ni ialah letcurer.Cubalah selalu ke pejabat pentadbiran untuk berjumpa dengan2 letcurer2.JIkalau ada soalan yang tak paham,kuliah yg tidak paham,or ada apa2 masalah,datanglah berjumpa letcurer.
Mengikut statistik aku..

semester satu= o kali mengunjungi letcurer
semester dua = 2 kali(inipun dkt2 nak exam)

jadi,jangan ikut perangai aku.aku tak tahulah.aku memang jenis yg tak suka naik ke menara pentadbiran tu.terpaksa berebut-rebut memasuki lift..Adei!hehehe

antara keistemewaan yg korang dpt apbila berjumpa letcure.
a).dapat ilmu lebih.kadan2 ada letcurer yang dalam kuliah or tutorial dia cuma bgi penerangan ringkas.Jadi untuk dapat input lebih dari kawan2 lain.trylah berjumpa letcurer.banyak faedahnya.
b)mendapat perhatian lebih!of course!dengan mendapt perhatian lebih sudah tentulah anda mempunyai kelebihan dengasn kawan2 yg lain.Ini akan mendorong motivasi anda untuk lebih belajar dengan tekun.
c)dapat soalan2 tambahn dari letcurer.Kebiasaanya letcurer2 mempunyai soalan2 tmabahn yg kadang2 dia tak edarkan dalam kelas.so,trylah minta dengan mereka.terutsmnya soalan2 ups,pspm past year....


4.Tidur awal bangun awal
Early to bed early to rise!ni aku tak pyhla nak eloborate kan??
korang paham sendiri..

5.jangan terlibat dengan gejala Game holic.
jangan try main game2 yg popular di hostel korang.contoh DOTA.
kalau korang naak main tu boleh,tapi berpada-pada la.ada had juga.
anatar simptom2 orang yang ketagihan game.
-main melebihi 3 jam setiap hari(tidak termasuk hujung minggu)
-main sehingga melewat2kan solat
-main sehingga kehabisan makanan di kafe dan terpaksa makan bun sahaja
-dll

6.Hubungan dengan tuhan
Okay ini part yg paling penting.HUbungan dengan Allah kena jaga,solat di awal waktu,kalau boleh biarlah berjemaaah di surau,selalulah mengikuti program2 agama yang surau anjurkan.
kalau kita studi tahap gaban pun,tapi hubungan dengan Allah kurang,tak da guna juga..
memang tak dinafikan ada juga yg solatnya tidak,mendedah aurat tapi result.mantap..

aku nak tanya korang.korang nak ka berjaya dalam maksiat ??

satu lagi,aplikasikanlah amar makruf nahi mungkar..
okay,smapai disini saja,,,penat jari aku menaiap..heheh


p/s:hormat ibubapa,guru dan rakan

Seputar di jabtan pendaftaran negara

Hari ini tadi,pergi pejabat jpn.. .Ada urusan sana,buat ic baru. .Ic lama aku dh lemau,terbhagi 2,gambar pun tak sama dgn yg ada skg ni. .Dulu kiut,hehe,skg pun kiut juga,tp tmbh skit hensem. .Hehe. .Ok2,aku nak cerita ni,pada sesiapa yg belum tukar ic 2,yg rasa2 muka di dalam ic dgn yg ada skg ni xsama.Yala,susah juga kalo cam 2,nant polis saspek yg ic 2 bukan korg punya. .Abisla.!Hehehe. .Ok,senang ja posedur dia,mula2,masuk pjbt 2,pastu ambik nombor,then,tunggu giliran,pastu dh nombor kena panggil,bagi ic,pastu,kena cek cap jari,yala,dorang takut nant korang myamar kan?Sebab 2 dorg cek cap jari,pastu ambik gambr,bg rm10 sbh byaran,then dia bg surat ,dia suru tuntut 1bulan kemudian. .Mudahkan prosedurnya?Hehe. .Mcm makan aiskrim. .Hihi~

Result pspm

Harini result bru jak keluar. .Syukur alhamdulillah,dapt 3.28. .Ok la 2,walaupun result sem1 lebi tinggi dari sem2.. .Lepas ni,plan mahu apply fisioterapi. .Harap2 daptla. .Aku harap2 sgt..Hehe. . .

Jadilah peramah

.Dulu Aku tidak pernah ikut mana2 rehlah yang diadakan oleh badan surau.Pernah la juga yg pertama dahulu,tp selepas itu aku tidak pernah lg mengikuti mana2 rehlah. .Tak tahu la kenapa. .Hati aku langsung tak tergerak untuk mengikuti rehlah sahabat. .Pikir punya pikir mungkin aku tak biasa dengan budak2 surau ni. .Kalau bercerita,aku tak boleh masuk ke dalam topik perbualan mereka,tak tahula..Jadi,apa penyelesainya?Try2 la untuk menjadi seorang yang peramah,bole bercakap dengan semua orang.Ok,jgn jadi mcm aku.. P/s:mugkin sbb ni la aktiviti2 surau muka2 yg sama ja yg join. .Hehe

Duhai Muslimah

Ok,aku nak cerita realiti yg berlaku di kolej,bukan nak mengata mana2 pihak,tp ini untuk iktibar di masa depan. Aku cukup bangga dgn kolej aku kerana ramai muslimah2 yg menutup aurat dengan sempurna,bertudung labuh,berjubah,memakai stokin tangan dan kaki..Sejuk mata memandang. . Tapi,satu benda yang aku perasan(mungkin org lain juga perasan).Iaitu,mereka selalu bergerak dalam kumpulan mereka sahaja,atau dalam bahasa lain berpuak-puak.Dari jauh kelihatan muslimah2 ini bergerak bekumpulan menuju dewan kuliah. Kenapa dorang tak try bergaul dgn rakan2 yang lain?Yang penutupan auratnya belum sempurna,stokin tangan pun sekejap pakai sekejap tak,tudung yang singkat.Kenapa dorang tak try 'masuk' kepada golongan2 ini?.Sepatutnya golongan2 inilah yang di beri tarbiah yang lebih.Mungkin mereka mahu jadi seperti anda wahai muslimah2,tetapi mungkin disebabkan oleh faktor2 tidak mempunyai pendorong.Senang cerita,dulu aku ada kawan perempuan,pakai tudung yang biasa2 saja,tapi,sejak memasuki kolej,fulamak,aku respek sgt,dh berubah penampilan.Drastik!Skg dh pakai tudung labuh.Alhamdulillah. Okay,berbalik kpd tajuk,aku pernah tanya kpd seorang wanita ini tyme kitorang tgah buat group asignment.Pastu aku ambil la kesempatan untuk tanya perihal kehidupan berpuak-puak muslimah ini,wanita ni juga merupakan salah seorang dari mereka. .Aku pun tanya la. 'kenapa ya muslimah2 di kolej ni jalan selalu kelompok2?'. Then dia pun jawab."erm,tak tahula.Tapi memg dah begini trend yg berlaku di kolej ni setiap tahun".Lebi kurang cam 2 la dia jawab..Aku pun berdiam diri saja,tak tahu nak jawab apa. Tetapi,kalaulah ini merupakan trend atau tradisi,kenapa kita tidak try untuk memecahkan tradisi ini?Kalau tidak,maka akan berlanjutanlah kehidupan begini dari tahun ke tahun. Aku juga ada seorang kwn perempuan di kolej ni yang opposite dengan penampilan muslimah2 yg aku ceritakan ini,aku pun bercerita la mengenai aktiviti2 surau.Bayangkan dia langsung tidak tahu apa2 berkenaan apa2 aktiviti surau yg diadakan. .Dari sini aku boleh lihat secara jelas yang.Yang apa?Bak kata nabil,lu pikir la sendiri!.Okay,setakat ini ja entri kali ini,harap dpt kita ambil iktibar dan pengajaran.,dan aku ingin memohon maaf sekiranya entri ini menyinggung mana2 pihak,aku tak da niat pun nak buat jahat.Okay,salam sejahtera assalamualaikum.

munsyi dari kaca mataku

munsyi~~~~
bagi siiapa2 yg tak tahu apa ini munsyi.munsyi ialah satu jenis ujian bertulis.
kalau korang nak masuk usm,kena hadapi dulu ujian ni..


sebenarnya ujian ni tidaklah susah sangat,dan tidak juga senang..ujian ni memerlukan kesabaran dan ketenangan..

sebab apa??bayangkan ko perlu jawab 3oo lebih soalan dalam masa 1jam(tapi aku buat 20 minit ja)..hehe..


tapi aku pun heran juga ,apa perlunya ujian ni,,apa relevannya???
kalau msuk laman web usm tu,dia ckp ujian ni untuk memastikan sesiapa pelajar2 yg masuk usm merupakan pelajar yg btul2 berminat..

kadang2 jawab soalan itu kalau tak jujur susah juga kan??dia kebanyakannya berkisar ttg personaliti diri kita,cara menyelesaikan masalah,kemahiran yang kita ada,



antara soalan yg masi tak lekang diingatan aku...
anda suka mmerhatikan perubahan iklim ..ya@tidak


hehehe...tu ja la k...

kita hidup di dunia cuma seketika.

hidup di dunia ni cuma seketika.kita hidup ni hanya sebagai persinggahan untuk menuju akhirat nantu.jadi,kutiplah apa2 yg ada didunia ini untuk dibawa keahirat kelak...ok,sebagai peringatan kepada aku dan juga kwan2 sekalian...

Tips Memilih broadband.

Ni ada tips aku nak kongsi .Ini brdasarkan atas pengalaman.Mungkin benda2 mcm ni sudah byk dibincgkan di forum2. .Tp tidak pala,cuma nak share ok?
1.Senaraikan semua perkhidmatan broadband yg ada dimalaysia. .Kalau nak diikutkan memg banyak sykt2 telek0munikasi yang tawarkan broadband,dari yg kita familiar dgr di dlm iklan2 hinggalah yg xpnh dgr..

(2).Setelah mengenal pasti,maka buat senarai pendek mana antara broadband2 ini yg bole pakai kat tmpat korg,kira bhasa pasarnya,tgok mana yg ada line di tmpt korang bermukim,bermaustautin,kalau yg bermusafir rasanya tak pyh la dlm hal ini,tp kalo nak jga,truskan. .Hehe. .

(3)stelah ada short list(bole pakai ka term ni?Hehe),ataupun senarai pendek,maka c0mpare la mana yg bgus.Pertimbangkan mengikut ekonomi dan habit. .

(4)ekonomi-pastikan duit korang ckup untk biayai broadband ini,kalau kais pagi mkn pagi ptg mkn ptg,baik xpayahla.. Habit-kalau korg sedar(memg sdar pun,apada!) stiap sykt yg menawarkan broadbnd,dia ada pakej2 yg trsendiri,mcm astro juga,ada pakej. .Huhu, . . Selalunya dia buat pakej ni untk different people for different background or career. .Cth la,aku ambik celc0m,celc0m ada menawarkan pakej untk plajar,rm48 sbulan.Yala kan plajar ni masi belum bekerja,duit pun dpt dr ptptn,pama punya biasiswa,dll,jd dorg bg la murah punya. .Jd,untk maklumat lebi pergi ke laman sesawang sykt broadbnd tsebut,selalunya mereka ada myediakan service untk mgenal pasti pakej manakah yg sesuai bg korg melalui beberapa soalan2 interaktif yg amat mengujakan. .Ok.

(5)ok,rasa2nya 2 ja,selamat memilih broadband.Untk maklumat lanjut,layari laman www.broadband.my . Jadikan diri anda celik iT. .Hehehe. .

matriculation:completed

pada tanggal 15hb april 2010,selepas menyerahkan kunci dan menandatangani borang kluar asarama....
maka dengan rasminya saya bukan lagi seorang pelajar program matrikulasi...rasa bangga kerana dapat menghabiskan program ini..jika dibandingkan dengan rakan2 lain,ada yg kecundang kecundang di tengah2 jalan...syukur kepada Allah.Alhamdulilah wa syukurillah....

blogspot bole masuk??

tiba2 pla arini comp lab dpt msuk blogspot..aritu kena block suda...

sikit hari lagi.

sekejap lagi mau abis matrik.. xsabar ni..3 minggu lagi abis kuliah,pastu study week...pastu PspM...

doakan kami di sini berjaya..amin..